akademia

Inisiatif kembang kemahiran mahasiswa

Oleh HM Digital

PENUNTUT Sarjana Pendidikan Seni Visual, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan ‘Visual Art & Design Education Student Showcase 2019’ baru-baru ini, sebagai inisiatif kepada mahasiswa mempamerkan penyelidikan mereka.

Program dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) itu turut berperanan mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mahasiswa bersama rakan industri.

Koordinator Program Sarjana Pendidikan Seni Visual yang juga pengarah program itu, Dr Mohd Khairezan Rahmat berkata, program dwi tahunan itu dapat mendedahkan mahasiswa dengan tugasan yang membabitkan dan kemahiran sekali gus memberi peluang kepada mereka mengamalkan budaya penyelidikan dan keusahawanan kreatif.

“Program membabitkan 55 mahasiswa Program Sarjana Pendidikan Seni Visual dan Program Sarjana Muda Pendidikan Seni & Seni Reka, Fakulti Pendidikan UiTM ini meliputi sesi pameran seni serta reka bentuk produk kreatif dan inovatif.

“Sesi penilaian membabitkan sesi bertukar idea dan pandangan pakar dan sesi perkongsian ilmu, iaitu bicara seni,” katanya.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 5:54pm
d