akademia

Tanam keyakinan diri

Oleh Suliati Asri

SENI mempertahankan diri adalah kemahiran yang perlu dimiliki bukan saja dalam kalangan orang dewasa tetapi juga pelajar sekolah pada masa kini.

Selain dapat melindungi diri, mempelajari seni mempertahankan diri juga cara terbaik untuk anak anda membina jati diri selainmenjadikan merekalebih berdisiplin, penyabarserta berkeyakinan tinggi.

Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan anak-anak.

Jurulatih Taekwondo, Zainal Azrin Zainal Abidin, 37,atau lebih dikenali sebagai Sir Zainal berkata, seni pertahankan diri ini tidak hanya membekalkan pelajar ilmu dan kemahiran mempertahankan diri semata-mata tetapi juga mampu mendisiplinkan mereka.

Menurutnya, pada masa ini juga adalah sangat perlu pelajar mempelajari apa juga jenis seni mempertahankan diri kerana kita tidak tahu bila, di mana dan apa bahaya yang menanti di hadapan.

"Justeru dengan adanya kemahiran dan ilmu pertahankan diri, sekurang-kurangnya pelajar boleh bersedia dan tahu tindakan yang perlu diambil jika berdepan dengan masalah.

"Seni pertahankan diri ini juga adalah sejenis sukan yang boleh memberikan kecerdasan kepada pelajar sekali gus dapat menerapkan gaya hidup sihat," katanya.

Berpengalaman 10 tahun sebagai jurulatih Taekwondo, Zainal Azrin berkata, mendalami seni mempertahankan diri ini memberikan banyak kebaikan terutama kepada pelajar.

"Seni pertahankan diri mampu mendisiplinkan pelajar dalam pelbagai aspek selain menanamkan rasa hormat bukan saja kepada jurulatih tetapi juga kepada guru, ibu bapa, senior dan juga diri sendiri.

"Mereka juga lebih yakin diri biar pun di awal pembabitan, kebanyakan pelajar berasa takut lebih-lebih lagi kanak-kanak berusia empat tahun.

"Di samping itu, ia juga membantu pelajar untuk mempunyai semangat setia kawan dan kerja berkumpulan. Sebagai contoh, sepanjang dua tahun pandemik Covid-19, banyak masa dihabiskan di rumah sekali gus membuatkan mereka lebih selesa bersendirian.

"Jadi, apabila berlatih bersama, mereka kembali bergaul dan mempunyai keyakinan diri," katanya.

Zainal Azrin berkata, seni pertahankan diri ini juga mampu membawa pelajar pergi jauh terutama pembabitan mereka dalam pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

"Selain melatih mereka untuk keyakinan diri, disiplin dan membentuk jati diri, kami juga menggalakkan mereka untuk mengikuti pelbagai pertandingan.

"Penyertaan mereka dalam pelbagai pertandingan juga ibarat 'peperiksaan' untuk menguji tahap penguasaan mereka terhadap kemahiran yang ada selain untuk mendapatkan sijil, medal dan paling penting adalah pengalaman.

"Pembabitan mereka juga tidak terhenti selepas menamatkan pembelajaran di sekolah menengah sebaliknya berpeluang pergi lebih jauh termas

uklah menjadi jurulatih berpengalaman," katanya.

Selain itu, seni pertahankan diri ini juga boleh membantu lebih fokus terhadap perkara yang dilakukan.

"Dalam seni pertahankan diri ini juga, sebenarnya banyak perkara dan yang boleh dipelajari dan diterokai pelajar.

"Bagi saya seni pertahankan diri ini sangat penting bagi anak-anak kerana tanpa sedar dengan pembabitan mereka itu banyak mereka boleh manfaatkan.

"Tidak hanya disiplin, jati diri, pengalaman tetapi juga nilai yang membolehkan mereka menyumbang kepada masa depan seperti sosial dan sebagainya," katanya.

Walaupun tahu seni pertahankan diri mampu menaikkan jati diri kanak-kanak, namun masih terdapat ibu bapa yang berkira-kira untuk menghantar anak menghadiri kelas mempertahankan diri.

Ini kerana ada yang merasakan jika anak mereka belajar seni mempertahan diri, mereka suka bergaduh selain bimbang seolah-olah menggalakkan keganasan dalam kalangan anak-anak.

Namun kata Zainal Azrin, perkara itu adalah tidak benar kerana walau apa juga jenis seni pertahankan diri, disiplin adalah perkara pertama yang dititik beratkan.

"Ramai ibu bapa yang tidak sedar, anak-anak lasak kerana kurang disiplin. Apabila mereka mempunyai disiplin, mereka tidak akan bertindak sedemikian.

"Seperti dalam taekwondo, disiplin adalah perkara yang sangat menjadi keutamaan. Disebabkan itu juga rata-rata pelajar yang saya ajar dari kecil tidak bertindak ganas walaupun sudah mempunyai ilmu mempertahankan diri.

"Kebiasaannya pelajar seni pertahankan diri juga akan menyimpan kemahiran itu untuk diri sendiri dan akan memperlihatkannya ketika latihan atau pertandingan," katanya.

Malang tidak berbau dan bahaya ada di mana-mana. Justeru, dalam keadaan yang mencabar ini, Zainal Azrin berharap, supaya masyarakat dan ibu bapa lebih terbuka dalam mempersiapkan anak-anak dengan seni pertahankan diri.

"Sepanjang 10 tahun menjadi jurulatih, kebanyakan pelajar kami menghadapi masalah seperti di buli, kurang keyakinan diri dan disiplin.

"Dengan mempelajari seni pertahankan diri, mereka tidak diajar untuk melawan balik tetapi bagi membina lebih keyakinan diri dan dapat mengelak untuk dibuli di sekolah.

"Kemahiran ini juga mampu membentuk jati diri, disiplin dan lebih fokus terhadap apa yang mereka lakukan untuk akademidi sekolah semata-mata tetapi juga secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, bagi ibu kepada tiga cahaya mata Waziha Wahid, 40, dia membenarkan dua anak perempuannya iaitu Wan Arissa, 12, dan Wan Afifa, 8, sertai karate sebagai tanda menyokong minat anak-anaknya tu.

Katanya, dia juga memasukkan anaknya ke kelas mempertah

ankan diri kerana merasakan setiap orang perlu mempunyai kemahiran mempertahankan diri.

"Saya juga menyertai persatuan silat ketika di sekolah dahulu. Ilmu seni pertahankan diri ini sangat penting untuk 'survival' jika berlaku kecemasan.

"Jadi, walaupun anak saya perempuan, saya membenarkan mereka menyertai karate. Tidak ada yang perlu dibimbangkan kerana latihan karate tidak terlalu extreme serta melatih anak-anak untuk menguatkan ketahanan badan," katanya.

Selepas menyertai seni mempertahankan diri, Waziha berkata, banyak perubahan yang dapat dilihat pada anak-anaknya.

Paling ketara perub

ahan yang saya lihat adalah mereka lebih berdisiplin.

"Selain itu, saya melihat mereka juga berani untuk melakukan persembahan di khalayak ramai.

"Walaupun mereka perempuan, tetapi kini lebih kuat dan lasak selepas menjalani latihan," katanya.

Ditanya mengenai keperluan ibu bapa menggalakkan anak menyertai kelas mempertahankan diri, Waziha mengakui ia adalah perkara yang baik.

"Bagi saya, jika ibu bapa berkemampuan, tidak salahnya menggalakkan anak-anak menyertai kelas mempertahankan diri memandangkan zaman sekarang bahaya ada di mana-mana.

"Seperti yang saya katakan tadi, seni mempertahankan diri ini adalah untuk 'survival,' jika berlaku perkara yang tidak diingini. Jadi, anak-anak dapat belajar untuk menyelamatkan diri secara mental dan fizikal.

"Malah aktiviti begini juga salah satu senaman untuk menyihatkan badan supaya sentiasa aktif selain dapat menerapkan nilai disiplin dalam kehidupan," katanya.

"Seni pertahankan diri ini juga mampu membina keyakinan diri pelajar jika mereka sentiasa bersemangat dan memberi sepenuh komitmen untuk belajar," tambahnya.

Disiarkan pada: October 10, 2022 @ 7:00am
d