arena

Mahu tempa sejarah

Oleh Reuters

AS Monaco, yang tewas 0-2 di laman sendiri pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Juventus, perlu mencatat sejarah pada perlawanan timbal balik awal pagi esok jika mahu mengakhiri penantian kelab Ligue 1 ke final.

Hanya dua pasukan pernah memenangi aksi kalah mati dalam pertandingan itu selepas tewas di laman sendiri pada aksi pertama iaitu Ajax Amsterdam ke atas Panathinaikos pada 1996 dan Inter Milan menentang Bayern Munich pada 2011 - dan perlu mengatasi defisit satu gol.

Monaco, yang pernah menjadi kelab Perancis terakhir mara ke final apabila tewas kepada Porto kendalian Jose Mourinho pada 2004, juga mahu menamatkan rekod tanpa kalah Juve selama empat tahun di laman sendiri pada aksi Eropah dan enam perlawanan tanpa bolos dalam pertandingan itu.

Monaco tidak pernah menang satu perlawanan di Itali dalam tujuh percubaan manakala rekod Juve ke atas kelab Perancis tidak akan memberikan kelebihan buat mereka memandangkan kelab Itali itu menang 11 perlawanan kalah mati ke atas kelab Ligue 1 sebelum ini termasuk Monaco dalam dua perlawanan.

Kedua-dua pasukan mendahului liga masing-masing dan hampir menjuarai gelaran liga masing-masing malah Juventus turut mara ke final Piala Itali.

Jurulatih Monaco Leonardo Jardim, pasukannya menang 3-0 ke atas Nancy Sabtu lalu untuk menghampiri gelaran Ligue 1 berkata jaringan awal akan mengubah keseimbangan perlawanan.

“Kami perlu terus yakin, terus bermain dan memberikan aksi hebat dan jika kami menjaringkan gol pada awal perlawanan, mungkin ia akan mengubah situasi,” kata Jardim.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 4:26am
d