arena

Aguero kata tidak kepada Mourinho

Oleh Daily Mail

PENYERANG Manchester City Sergio Aguero tidak berminat untuk berhijrah bandar menyertai Manchester United bagi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Penyerang Argentina itu yang meledak 18 gol EPL ketika skuad itu dikendalikan oleh Pep Guardiola pada musim pertamanya dikaitkan dengan perpindahan menyertai skuad Jose Mourinho dalam akhbar Sunday Times.

Aguero bagaimanapun tidak berminat sebarang tawaran untuk ke Old Trafford dan berdepan reputasi yang tercalar dalam kalangan penyokong City.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 2:39pm
d