arena

FIFA siasat perpindahan Pogba

Oleh AFP

FIFA akan menjalankan siasatan terhadap perpindahan Paul Pogba ke Manchester United, menurut sumber di badan pengurusan bola sepak itu.

Pemain tengah Perancis itu kembali ke United menerusi yuran perpindahan tertinggi dunia sebanyak £89.3 juta (RM502.7 juta) dari kelab Itali, Juventus pada Ogos 2016.

Siasatan itu disahkan selepas laporan media Perancis.

Bagaimanapun, aspek siasatan FIFA belum diketatahui lagi.

Pada 2011, Pogba, 24, memulakan kerjayanya dengan United tetapi hanya bermain dalam tiga perlawanan sebelum berpindah ke Itali dipercayai selepas tidak serasi dengan pengurus masa itu, Alex Ferguson.

Namun, Pogba kembali semula ke kelab Inggeris itu selepas prestasinya dalam Kejohanan Eropah 2016 menarik perhatian kelab yang kini di bawah pengendalian pengurus baru, Jose Mourinho.

Selepas saga pemindahan berlarutan selama beberapa minggu, Pogba akhirnya menyertai United pada Ogos tahun lalu dan setakat ini muncul dalam hampir 50 perlawanan, musim ini.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 10:36am
d