arena

Atletico Nacional 'tambah' luka Chapecoense

Medellin: Atletico Nacional menjulang Piala Super Amerika Selatan semalam selepas dua gol masing-masing menerusi Andres Ibarguen dan Dayro Moreno membantu kemenangan 4-1 dan 5-3 secara agregat ke atas pasukan Brazil, Chapecoense.

Ia kekalahan menyedihkan buat kelab yang kembali ke Medellin selepas ramai pemain dan stafnya terbunuh dalam nahas kapal terbang November lalu.

Kelab kerdil dari selatan Brazil itu sepatutnya bermain menentang Atletico pada final Copa Sudamericana, pertandingan di Amerika Selatan yang setaraf dengan Liga Europa.

Bagaimanapun, kapal terbang mereka terhempas dalam perjalanan ke ibu negara Colombia itu, menyaksikan 71 daripada 77 penumpang terbunuh, termasuk semua kecuali tiga pemain dan staf kelab itu.

Chapecoense kemudiannya dianugerahkan trofi itu yang membolehkan mereka layak ke Recopa 2017 atau Piala Super menentang pemenang Copa Libertadores, Atletico.

Chapecoense menang aksi pertama di Brazil 2-1 April lalu namun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lebih berpengalaman itu di stadium yang dipenuhi penonton, semalam. - Reuters

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 10:38am
d