arena

Skuad tempang Lazio hampa

Milan: Lazio tersungkur menjelang aksi final Piala Itali menentang Juventus minggu depan dengan kekalahan 2-3 dalam aksi Serie A di tangan Fiorentina kelmarin.

Jaringan babak kedua daripada Khouma Babacar dan Nikola Kalinic, serta jaringan Cristiano Lombardi ke gawang sendiri memberikan tiga mata yang menghidupkan harapan Fiorentina ke Liga Europa.

Jaringan awal Keita Balde pada minit ke-55 buat Lazio, yang ketujuh dalam empat perlawanan, membuatkan Fiorentina terus terdesak apabila berdepan kemungkinan kalah kali ketiga dalam lima aksi sebelum ini.

Namun jurulatih Lazio Simone Inzaghi merehatkan beberapa pemain utama menjelang final Piala Itali menentang Juventus yang memburu tiga kejuaraan dan skuad Paulo Sousa memanfaatkan peluang meraih kemenangan berharga yang membawa mereka ke tangga ketujuh, satu mata di belakang AC Milan yang memburu Liga Europa namun seri 1-1 dengan Atalanta.

Gerard Deulofeu menjaringkan gol penyamaan buat Milan tiga minit sebelum tamat selepas jaringan awal pertahanan Andrea Conti sebelum tamat separuh masa, yang juga gol kelapannya musim ini.

Keputusan itu memastikan Atalanta layak ke Liga Europa musim depan selepas tidak beraksi selama 26 tahun dalam pertandingan peringkat benua.- AFP

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 12:41pm
d