arena

Hahn mahu kekal aksi konsisten

Dallas, AS: James Hahn (gambar) melalukan 64 pukulan berturut-turut pada aksi bebas bogey semalam manakala bintang Australia Jason Day terus mencabar menjelang pusingan akhir Kejohanan Byron Nelson dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat.

Day, pemain nombor tiga dunia mencatat tujuh bawah par 63 pada pusingan ketiga di lapangan TPC Las Colinas di pinggir Dallas namun ketinggalan dua pukulan berbanding pendahulu apabila Hahn mencatat 12 bawah par 198 keseluruhan.

“Saya bermain dengan baik di sana. Secara keseluruhan ia hari yang baik,” kata Hahn yang berkongsi kedudukan pendahulu di lubang 18.

“Ia memang sengit. Saya lakukan putt di sana sini. Anda perlukan sesuatu untuk mengekalkan momentum dan itulah yang saya lakukan hari ini.”

Rakan senegara dari AS, Billy Horschel di tangga kedua dengan 199 pukulan keseluruhan selepas melakukan 66 pukulan termasuk beberapa birdie pada tiga lubang terakhir.

Hahn berkata, dia tidak risaukan biarpun selesa di depan, sekalipun ramai pemain yang ketinggalan kira-kira lima pukulan.

Day membenam lapan birdie untuk melonjak berkongsi tangga ketiga dengan pendahulu pusingan kedua Jason Kokrak, yang membuat 72 pukulan. Pemain AS Cameron Tringale di tangga ketiga dengan 201 pukulan keseluruhan selepas 67 pukulan.

Pada satu ketika Day membuat pukulan putt sejauh 60 kaki pada lubang ke-17 untuk berkongsi kedudukan pendahulu. - AFP

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 10:59am
d