arena

Melaka idam tiga mata berharga

Melaka: Pengurusan Melaka United mahu skuad itu meraih tiga mata apabila berdepan FELDA United pada aksi Liga Super di Jengka, hari ini.

Pengurus pasukan Datuk Yusoff Mahadi berkata, kemenangan amat penting dalam usaha skuad Hang Tuah untuk memperbaiki kedudukan di tangga ke-10 carta liga ketika ini.

Katanya, dengan kehadiran import baru dari Macedonia, Jasmin Mecinovic diyakini bakal menjadi pemangkin kekuatan pasukan terutama di barisan pertahanan yang sebelum ini agak longgar.

Beliau berkata, sumbangan pemain itu mampu menguatkan benteng pasukan yang sebelum ini dikemudi import dari Ghana Godwin Antwi, dengan Mecinovic dibawa masuk sempena jendela perpindahan pemain ketika ini.

“Walaupun tanpa ketua jurulatih, Eric Williams yang direhatkan pada perlawanan ini namun ia tidak menggugat fokus pemain bagi menghadapi ujian getir bertemu The Fighters.”

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 11:32am
d