arena

Klopp puas hati pencapaian Reds

Liverpool, England: Pengurus Liverpool Juergen Klopp turut berpuas hati seperti mana penyokong kelab itu selepas kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough mengesahkan kedudukan empat tangga teratas dan aksi play-off Liga Juara-Juara.

Jaringan hebat daripada Georginio Wijnaldum, Philippe Coutinho dan Adam Lallana mengesahkan tiket ke kelayakan play-off musim depan ketika anak buah Klopp mengatasi rasa gugup untuk mempamerkan aksi terbaik mereka pada hari terakhir musim ini.

Penamat Liverpool di tangga keempat adalah yang kedua dalam tempoh lapan musim bagi membolehkan mereka layak ke saingan elit liga Eropah dan sambutan luar biasa yang diterima skuad kendalian Klopp sebaik wisel penamat mengesahkan betapa bermaknanya kemenangan itu kepada peminat setia mereka.

Klopp yang akan menyambut ulang tahun ke-50 bulan depan melahirkan rasa kepuasan selepas itu dan percaya Liverpool berada dalam kedudukan ideal untuk saingan berikutnya.

“Pada ketika ini, semuanya baik di kelab ini,” kata Klopp.

“Ia sesuatu yang bagus. Kami berhak mendapatkan posisi ini. 76 mata adalah angka yang hebat.

“Banyak yang kami belajar mengenai pasukan kami tahun ini dan kami boleh memanfaatkannya.

“Pada akhir musim anda biasanya penat, tapi saya boleh bermula lagi esok.” - AFP

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 12:34pm
d