arena

Koke sambung kontrak kekal di Atletico

Madrid: Pemain tengah Koke menandatangani kontrak sambungan untuk kekal di Atletico Madrid hingga Jun 2024, umum kelab itu semalam.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mempunyai baki dua tahun dalam perjanjian sebelumnya dan bersetuju untuk menokok lima tahun lagi.

“Dia seorang daripada pemimpin pasukan ini dan sudah mematangkan diri sejak usia muda bersama akademi kami, jadi mengetahui dia akan terus bersama kami untuk beberapa tahun lagi satu berita gembira,” kata pengarah sukan kelab itu Jose Luis Perez Caminero.

“Dia seorang pemain yang disegani dan dihormati dalam bilik persalinan dan akan termaktub dalam sejarah kelab ini.”

Pemain berusia 25 tahun itu adalah produk akademi remaja Atletico dan melakukan penampilan sulung seniornya pada 2009.

Koke sudah tampil lebih 250 perlawanan bersama kelab itu, menang lima trofi termasuk Piala Raja Sepanyol pada 2013 dan kejuaraan liga pada 2014. - Reuters

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 10:19am
d