arena

Seri petanda positif

Kota Kinabalu: “Terkilan juga tapi kejayaan membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan petanda baik untuk kami. Sekurang-kurangnya kami tidak kalah,” kata pengendali Sabah Jelius Ating selepas pasukannya seri 3-3 dengan Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Sang Badak mendahului tuan rumah dua kali namun terpaksa akur dengan keputusan seri 3-3.

“Tumpuan pemain malam ini (kelmarin) sedikit kurang, kami sepatutnya mampu menang namun dikecewakan dengan gol di hujung aksi.

“Dari segi serangan, saya lihat ada peningkatan malah kami berjaya hasilkan tiga gol namun pertahanan agak sedikit goyah,” katanya.

Jelius berkata, secara keseluruhan, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan serta semangat anak buahnya.

Keputusan perlawanan itu juga menyaksikan Sabah kekal di kedudukan kesembilan dengan 11 mata.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 8:59am
d