arena

Amir, Rudy, Lean Hin ungguli 'Let's Bowling'

Georgetown: Gandingan Amir Irsyad Omar, Rudy Syareme Sheriffudin dan Lim Lean Hin mengungguli Kejohanan ‘Let’s Bowling’ anjuran Sunway Carnival Mall di Megalane Bowl, Perai baru-baru ini.

Trio itu mengumpul 1,066 jatuhan pin sekali gus membawa pulang RM1,200 dan trofi serta baucar manakala Azeli Ali, Zamir Adi Asyraf dan Chew Siew Kim kedua (1,050) manakala Gan Hoe Hark, Muhammad Hadi Ramli dan Hafiz Zulkifli ketiga (1,029).

Sazali Che Din muncul pemain lelaki terbaik dengan 410 jatuhan pin manakala Lily Normi, wanita terbaik (368).

Hadiah disampaikan Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chow Heng Wah.

Heng Wah berkata, 13 pasukan mengambil bahagian dan setiap pemain mempamerkan aksi cemerlang selain berharap kejohanan ini diadakan setiap tahun.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 9:02am
d