arena

Aksi menentang Selangor tingkat persefahaman

Melaka: Pasukan Liga Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguji persefahaman pemain menerusi pertemuan dengan skuad Liga Super Selangor pada 14 Jun ini.

Selepas menewaskan PKNP 4-1 pada aksi terakhir sebelum Ramadan, skuad bimbingan jurulatih Mohd Fauzi Pilus itu bakal memberi saingan sengit kepada anak buah P Maniam yang turut dibarisi import Indonesia Andik Vermansyah.

Fauzi berkata, pertembungan dengan Merah Kuning itu mampu meningkatkan motivasi pemain untuk menghasilkan keputusan lebih memberangsangkan pada baki liga dalam misi memperbaiki kedudukan carta.

Katanya, walaupun venue perlawanan belum ditetapkan sama ada di Stadium Shah Alam atau Stadium Hang Jebat, pemain nyata bersemangat untuk berdepan skuad wajah baru Selangor yang turut disertai pemain kebangsaan Amri Yahyah.

“Sebelum perlawanan berdepan Selangor, kami akan menguji PJ Rangers di Stadium MPPJ dan berharap pemain mampu mencipta sentuhan terbaik dalam perlawanan itu,” katanya.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 8:30am
d