arena

Chelsea sang juara 'poket tebal'

Oleh BBC

CHELSEA dibayar sebanyak £150.8j (RM832 juta) oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku juara liga musim 2016-17 untuk meraih 50 peratus lebih lumayan berbanding kelab berpendapatan tinggi pada 2015-16.

Musim 2016-17 adalah kali pertama perjanjian hak penyiaran TV diperkenalkan menyaksikan £2.4 bilion (RM13.2 bilion) dibayar kepada 20 kelab bertarung dalam liga utama itu.

Angka meningkat sebanyak £1.6 bilion (RM8.8 bilion) berbanding musim lalu.

Kelab tercorot Sunderland menerima £93.471j (RM515 juta) iaitu lebih tinggi berbanding wang dibayar kepada Leicester City selaku juara EPL musim 2015-16 dengan £93.219j (RM514 juta).

Angka itu semua adalah berdasarkan hak penyiaran dan komersil termasuk wang hadiah kemenangan.

Arsenal muncul kelab meraih pendapatan tertinggi musim 2015-16 dengan £100.9j (RM557 juta).

Tiga kelab tersingkir daripada EPL iaitu Hull, Middlesbrough dan Sunderland menerima pembayaran kurang berbanding 2016-17.

Nisbah kelab mendapat pembayaran tertinggi dan terendah oleh EPL kepada kelab musim 2016-17 adalah 1.61 kepada 1 iaitu antara paling rendah dalam kalangan liga utama Eropah.

Ia bermakna EPL lebih seimbang daripada segi berkongsi pendapatan berbanding liga lain.

EPL turut membayar agihan sebanyak £220j (RM1.2 juta) kepada Aston Villa, Cardiff, Fulham, Newcastle, Norwich, QPR, Reading dan Wigan menerusi bayaran ‘payung terjun’

Villa, Newcastle dan Norwich - tiga pasukan yang disingkir EPL, masing masing menerima £41j (RM226 juta).

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 12:37pm
d