arena

Giroud dah bosan status 'gantian'

Oleh AFP

PENYERANG Perancis Olivier Giroud berterus terang mengatakan tidak sanggup lagi menerima peranan selaku pemain gantian bersama Arsenal musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu kerap masuk sebagai gantian dalam kempen Gunners musim lalu.

Pengurus Arsene Wenger lebih suka menggandingkan Alexis Sanchez dan Theo Walcott di bahagian serangan.

Giroud turut melalui kempen diganggu kecederaan hanya membuat 11 permulaan liga dan 18 penampilan daripada bangku pemain gantian membuatkannya sebagai pemain Arsenal paling kerap digunakan sebagai gantian.

Bekas pemain Montpellier itu mahu bermain lebih kerap.

“Saya ada dua atau tiga tahun lagi kontrak bersama Arsenal dan buat masa ini masa depan saya bersama Arsenal," katanya.

"Saya berasa bagus di sini, saya mahu menang Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal.

"Apapun, saya tidak tahu bagaimana masa depan saya."

Ahad lalu Giroud memberitahu stesen televisyen Perancis TF1 dia berminat untuk kembali semula ke Perancis terutamanya Marseille, biarpun dia masih mahu memenangi gelaran di England.

"Jelas sekali saya tidak akan gembira dapat bermain dengan sedikit dalam EPL," katanya.

Giroud meledak hatrik ketika menang 5-0 ke atas Paraguay di Rennes untuk mejadikan 26 gol keseluruhan dalam 62 penampilan bersama Perancis.

Dia akan beraksi pada satu lagi perlawanan kelayakan Piala Dunia di Sweden, Jumaat ini.

Disiarkan pada: June 7, 2017 @ 2:59pm
d