arena

Belum rezeki BTPNT

Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Selepas 10 tahun menanti, akhirnya pasukan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) berjaya melangkah ke final Kejohanan Futsal Sempena Hari Guru peringkat negeri Terengganu di Gong Badak, baru-baru ini.

Bagaimanapun, impian BTPNT untuk mencipta sejarah lebih manis dengan muncul juara kali pertama kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) itu berkecai selepas tewas 1-3 kepada PPD Hulu Terengganu di final.

Ketua pasukan BTPNT Che Lah Hamat berkata, biarpun tewas tetapi kejayaan melangkah ke pentas akhir buat kali pertama sudah bermakna buat pasukan yang sebelum ini tidak diletakkan harapan yang tinggi untuk mara.

Beliau berkata, semangat dan persefahaman yang tinggi dalam kalangan pemain menjadi faktor utama menjana kejayaan pasukan walaupun hanya membuat persiapan dan latihan dalam masa singkat.

“Pemain sudah berusaha keras untuk memburu gelaran juara buat kali pertama, bagaimanapun rezeki belum memihak kepada kami lagi dan berharap tahun depan kami mampu menjuarai kejohanan futsal tahunan itu,” kata Che Lah yang juga penjaring gol utama pasukan.

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 8:41am
d