arena

Hafizh raih enam mata

Oleh Saiful Affendy Sapran

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mempamer tunggangan meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya di tempat ke-10, hari ini.

Meskipun hanya bermula dari petak ke-23, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu tenang mengawal jentera Kalex miliknya dengan memotong satu persatu pelumba di depannya.

Kejayaan itu menyaksikan Hafizh meraih enam mata berharga untuk berada di tempat ke-14 kedudukan keseluruhan pelumba Moto2 dengan mengumpul 29 mata.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.

Sementara itu pada saingan Moto3, wakil tunggal negara Adam Norrodin daripada SIC Racing Team menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

Disiarkan pada: June 11, 2017 @ 8:32pm
d