arena

Seremban 1 juara berganda

Oleh myMetro

Seremban: Pasukan Seremban 1 membuktikan mereka kuasa besar di Negeri Sembilan apabila mengungguli kedua-dua kategori bawah 12 Tahun lelaki dan perempuan pada kejohanan hoki Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Seremban, baru-baru ini.

Seremban 1 diwakili pemain dari sekolah di sekitar kawasan Seremban dengan majoriti 24 pemain daripada SK Kompleks KLIA.

Lebih manis, pasukan perempuan muncul juara buat kali keenam sejak 2011.

Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, Seremban 1 membelasah Kuala Pilah 11-1 manakala pasukan lelaki menewaskan Tampin 4-0.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh pegawai dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Hawari Samaruddin dari Unit Sukan JPNS.

Jurulatih Seremban 1, Jamaliah Mohd Said melahirkan rasa gembira dengan pencapaian pasukan muncul juara berganda selepas sekian lama mencuba untuk kategori lelaki.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih untuk seluruh pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama terhadap pasukan Seremban 1.

“Saya juga harap Kejohanan Hoki MSSM tahun ini di Kuantan akan memberikan kejayaan yang besar untuk pasukan Negeri Sembilan,” katanya.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 10:45am
d