arena

Portugal intai gelaran Piala Konfederasi

Oleh AFP

JURULATIH skuad Portugal Fernando Santos yakin juara Eropah itu akan memberi tentangan untuk menjulang kejuaraan Piala Konfederasi 2017 di Russia.

Dijana dengan Pemain Terbaik Dunia sebanyak empat kali Cristiano Ronaldo Portugal memulakan saingan Kumpulan A menentang Mexico di Kazan, Ahad ini.

"Ini akan menjadi pertandingan yang sukar tetapi Portugal masih akan pergi sebagai pencabar kejuaraan," tegas pengurus berusia 62 tahun itu pada sidang akhbar di Lisbon.

"Kami sentiasa meletakkan harapan terhadap tanggungjawab kami dengan mengambil satu demi satu perlawanan dengan hasrat mahu memenanginya.

"Setahun lalu saya mengatakan Portugal akan ke Euro 2016 untuk memenanginya. Saya kata kami bukan pasukan pilihan tetapi pencabar untuk kejayaan. Saya mengekalkan keyakinan yang sama hari ini."

Portugal serta New Zealand, Mexico dan pasukan tuan rumah Russia melengkapkan Kumpulan A sebagai aksi pemanas badan sebelum Piala Dunia bermula 17 Jun hingga 2 Julai.

Juara dunia, Jerman, Chile, Cameroon dan Australia dalam kumpulan B.

Disiarkan pada: June 13, 2017 @ 1:19pm
d