arena

Mourinho dapat Lindelof jual Smalling

Oleh Telegraph

CHRIS Smalling akan dijual oleh pengurus Manchester United Jose Mourinho sebelum saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/2018 bermula.

Tiga kelab EPL menunjukkan minat mendapatkannya iaitu West Ham United, West Bromwich Albion dan Everton.

Pemain antarabangsa England itu boleh didapati pada harga bermula £15 juta (RM81 juta) selepas Mourinho membuat keputusan mahu menggantikannya dengan pemain Sweden Victor Lindelof.

Malah Mourinho juga tidak cukup yakin Smalling cukup bagus dalam usahanya untuk mengubah United kembali selaku pencabar serius EPL. Mourinho juga enggan memberi ulasan mengenai tahap kekuatan mental pemain terbabit.

Smalling, 27, terlepas beraksi selama enam minggu akibat mengalami kecederaan jari ketika menang ke atas Fenerbahce dalam saingan Liga Europa di Trafford pada Oktober lalu menyebabkan Mourinho mempersoalkannya untuk bermain dalam kesakitan.

Dia muncul sebagai Pemain Terbaik Tahunan di bawah untuk United pada penghujung musim terakhir kendalian bekas pengurus Louis van Gaal.

Apapun mengenainya Mourinho mahu menggandingkan Eric Bailly dengan Lindelof yang bernilai £31j (RM168 juta) daripada Benfica dan mahu kekalkan Phil Jones sebagai pemain simpanan serba boleh.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 1:26pm
d