arena

Ronaldo boleh dipenjara

Oleh AFP

CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia ‘tidak rasa bersalah’ selepas pendakwaraya Sepanyol menuduh penyerang bintang Real Madrid itu mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM70.1 juta) menerusi syarikat pesisir pantai.

"Saya tidak bersalah, saya sentiasa rasa seperti itu," kata Ronaldo di lapangan terbang Lisbon ketika bersama rakan sepasukan Portugal bersedia terbang ke Russia untuk menghadapi Piala Konfederasi.

Real Madrid memberi sokongan terhadap Ronaldo menerusi kenyataan mengatakan kelab mempunyai ‘keyakinan penuh terhadap pemain kami Cristiano Ronaldo dengan apa yang kami bertindak mengikut undang undang untuk memenuhi tuntutan kepatuhan fiskal’.

"Sejak ketibaannya di Real Madrid CF pada Julai 2009, Cristiano Ronaldo sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam menunaikan tuntutan untuk membayar cukai.

"Real Madrid CF benar benar yakin pemain kami, Cristiano Ronaldo akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam proses itu.

Real Madrid CF berharap keadilan akan dapat dibuktikan secepat mungkin bagi membolehkan dirinya tidak bersalah."

Ronaldo, 32, pemain bola sepak dan atlet menerima gaji tertinggi di dunia menurut majalah Forbes, mengikut jejak langkah penyerang bintang Barcelona dan Argentina Lionel Messi yang didapati bersalah terhadap kesalahan sama tahun lalu biarpun jumlah terbabit dikatakan lebih kecil.

Jika pemain terbabit menghadapi perbicaraan dan didapati bersalah, dia berdepan risiko didenda sebanyak 28 juta euro (RM134 juta).

Dia juga boleh dihukum penjara selama tiga setengah tahun, menurut seorang pakar kesatuan sekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Sepanyol.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 3:29pm
d