arena

Spurs guna padang terbesar EPL

Oleh Reuters

TOTTENHAM Hotspur perlu cepat menyesuaikan diri untuk permulaan musim baru di Wembley selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak membenarkan mereka mengubah saiz padang permainan, lapor akhbar The Times, hari ini.

Spurs akan beraksi selama semusim di tempat sendiri di hadapan seramai 90,000 kapasiti stadium kebangsaan negara itu sebelum berpindah ke stadium baru memuatkan seramai 61,500 penonton yang siap sepenuhnya untuk kempen 2018-19.

Akhbar itu bulan lalu melaporkan Tottenham berharap mengurangkan saiz padang di Wembley untuk disesuaikan dengan cara skuad itu bermain yang memberi tekanan tinggi kepada lawan.

Mereka bagaimanapun diberitahu pengerusi dalam kalangan 20 skuad EPL tidak bersetuju dengan pertukaran itu.

Skuad Mauricio Pochettino perlu menyesuaikan diri beraksi di padang bersaiz 105 meter x 69 meter di Wembley yang menjadi padang terbesar saingan EPL musim depan.

Spurs hanya menang satu daripada lima perlawanan di venue terbabit yang digunakan untuk perlawanan kejuaraan Eropah musim lalu.

Disiarkan pada: June 20, 2017 @ 6:50pm
d