arena

FIFA pertahan VAR

Kazan, Russia: Presiden FIFA, Gianni Infantino mempertahankan penggunaan video pembantu pengadil (VAR) ketika aksi peringkat kumpulan Piala Konfederasi di Russia.

Terbaru daripada lima keputusan membabitkan kajian semula adalah apabila VAR menghadiahkan Australia gol ketika mereka kalah 2-3 kepada Jerman kelmarin, di sebalik ulang tayang jelas menunjukkan penjaring gol Tomi Juric memegang bola sebelum merembat masuk.

Juga timbul kekeliruan Ahad lalu apabila Eduardo Vargas dinafikan gol buat Chile kerana ofsaid lebih seminit selepas dia meraikan jaringan itu.

“Saya amat gembira dengan VAR setakat ini,” kata Infantino.

“Kami sudah lihat bagaimana bantuan video membantu pengadil membuat keputusan yang tepat. Inilah gunanya VAR.

“Ujian VAR yang digunakan pada Piala Konfederasi kali ini turut membantu kami meningkatkan proses itu dan membaiki komunikasi.

“Apa yang penyokong tunggu-tunggukan sejak bertahun-tahun lamanya akhirnya berlaku. Ini satu kejohanan bersejarah.

“Video pembantu pengadil adalah masa depan bola sepak moden.”

April lalu, Infantino menyatakan teknologi itu akan digunakan pada Piala Dunia 2018 selepas “maklum balas amat positif.” - AFP

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 6:47am
d