arena

Program CIMB FT tarik peserta Cina

Melaka: Program pencarian bakat bola sepak bawah 8, 10 dan 12 tahun meneruisi CIMB Foundation Talent di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 1, mendapat sambutan memberangsangkan.

Penyelaras program Melvin Tan berkata, lebih 60 peserta menyertai program anjuran bersama kelab bola sepak ASA-GP, SK Tengkera 1 dan CIMB Foundatian itu.

Menurutnya, walaupun kebanyakan pemain masih baru berjinak-jinak dalam sukan berkenaan namun masing-masing memberikan komitmen tinggi sepanjang program.

“Saingan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut usia dengan pemenang turut menerima hadiah sebagai menghargai bakat mereka.

“Apa yang menarik, ramai kaum Cina yang sebelum ini amat kurang menyertai sukan berkenaan, berminat turut serta,” katanya.

Katanya, penyertaan mereka memberikan pendedahan awal kepada peserta berusia bawah 12 tahun untuk aktif dalam sukan berkenaan.

Hadiah kepada pemain dan pasukan terbaik setiap kategori disampaikan wakil CIMB Foundation Abdul Rashid Abdul Rahman.

Disiarkan pada: June 23, 2017 @ 4:31am
d