arena

Ronaldo terus memukau

Oleh AFP

Moscow: Cristiano Ronaldo melupakan langsung masalah di luar padang dengan menjaringkan gol kemenangan ketika Portugal mengatasi tuan rumah Russia 1-0 pada aksi Piala Konfederasi awal pagi semalam.

Tandukan kemenangan Ronaldo pada minit kelapan di Moscow memberikan Portugal kemenangan sulung mereka dalam kejohanan itu dan jika menang ke atas New Zealand malam esok, mereka pasti mara ke separuh akhir.

Selepas dakwaan menipu cukai baru-baru ini yang menyebabkan masa depannya di Real Madrid tidak menentu, Ronaldo sekali lagi tampil dengan persembahan selaku pemain terbaik perlawanan kali kedua selepas seri 2-2 dengan Mexico hujung minggu lalu.

Penyerang itu menyatakan Portugal berhak menang selepas menangani kebangkitan Russia pada babak kedua.

“Kami amat gembira, ia kali pertama Portugal menang di Russia. Pasukan bermain dengan amat bagus menentang pasukan yang beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu peminat mereka. Tapi kami pasukan yang lebih bagus, kami mencipta lebih banyak peluang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 23, 2017 @ 6:40am
d