arena

Portugal tak goyah tanpa Ronaldo

Sochi: Portugal sedia untuk merehatkan Cristiano Ronaldo bagi pertemuan menentang New Zealand hari ini ketika juara Euro 2016 itu tampak akan mengesahkan laluan mereka ke separuh akhir Piala Konfederasi minggu depan.

Ronaldo yang didakwa cuba mengelak membayar cukai di Sepanyol memberikan persembahan pemain terbaik perlawanan ketika Portugal seri 2-2 dengan Mexico dan menang 1-0 ke atas Russia dengan menjaringkan gol kemenangan.

Pemain baru AC Milan Andre Silva dijangka mengetuai serangan Portugal dalam aksi di St Petersburg yang diibaratkan seperti langit dan bumi itu.

Pemain Kiwis akan menarik nafas lega jika Ronaldo direhatkan dengan bintang Real Madrid itu sudah menjaringkan 15 kali dalam sembilan perlawanan terakhirnya untuk kelab dan negara.

“Malah, jika menarik keluar Ronaldo sekalipun, anda masih mempunyai ramai pemain berkelas dunia seperti (Ricardo) Quaresma dan Nani.

“Tapi, kami juga mempunyai perancangan dan tidak akan mudah diratah,” kata jurulatih Kiwi Anthony Hudson.

“Malah, pemain Portugis mungkin tidak mahu bermain menentang New Zealand ketika ini.” - AFP

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 6:37am
d