arena

Kekang kelincahan Chicarito: Henrichs

Oleh Agensi

Sochi, Russia: Pertahanan Jerman Benjamin Henrichs mengingatkan pemain Die Mannschaft bahawa mereka perlu mengekang kelicikan rakan sepasukannya di Bayer Leverkusen Javier ‘Chicharito’ Hernandez apabila kedua-dua pasukan bertemu di separuh akhir Piala Konfederasi awal pagi esok.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu berharap Joachim Low menyenaraikannya di dalam kesebelasan utama ketika menentang El Tri dalam usaha Jerman untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama. Dia mahu mengekang pergerakan Hernandez yang kembali menjalani latihan selepas berehat kelmarin.

“Saya harap dapat bermain dan saya akan menghalangnya daripada menjaringkan gol,” kata Henrichs kepada wartawan. “Memang sukar untuk menyekatnya. Dia suka menjaringkan gol walaupun tidak memiliki ruang yang cukup. Memang dia seorang pemain yang bagus.”

Henrichs berkata, Hernandez pernah memberikannya pelbagai nasihat ketika masing-masing berlatih di Bayer Leverkusen. Pemain muda itu yang menandatangani kontrak baru bersama Die Werkself, Mei lalu, percaya pertemuan menentang Mexico akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Jerman.

“Saya rasa (Mexico) tidak jauh bezanya dengan Chile,” katanya. “Kami perlu bermain mengikut taktikal yang sudah dirancang. Anda perlu menghentikan pergerakan Chicharito kerana dia seorang pemain yang hebat dan saya harap dapat memenangi perlawanan itu.”

Hernandez tidak bersama pasukannya ketika sesi latihan di Kazan tetapi dijangka kembali pulih daripada kecederaan untuk bertemu Jerman di Stadium Fisht walaupun Diego Reyes dijangka tidak bermain bermain.

“Mereka tahu corak permainan kami dan hanya kekuatan mental yang akan membantu kami,” kata penjaga gol Jerman Marc-Andre ter Stegen ketika ditanya mengenai pertemuan itu.

“Tetapi kami agak bertuah kerana mengenali beberapa pemain mereka yang beraksi di Eropah dan kami boleh bersedia.”

Disiarkan pada: June 29, 2017 @ 12:15pm
d