arena

'Ketumpulan serangan punca kami tewas'

Oleh AFP

Sochi, Russia: Jurulatih Mexico Juan Carlos Osorio (gambar) menganggap pasukannya tidak sepatutnya tewas dengan jaringan 1-4 kepada Jerman di separuh akhir Piala Konfederasi, semalam.

Beliau menganggap, ia berpunca daripada kegagalan mereka untuk menyempurnakan peluang yang terhidang.

“Kami bermain agak agresif. Kami cuba menyerang dan kami tewas menerusi serangan balas pantas.

“Jerman berhak menang perlawanan itu tetapi jumlah jaringan menunjukkan seolah-olah mereka jauh lebih baik sedangkan bagi saya tidak begitu.”

Javier Hernandez melepaskan peluang terbaik untuk menjaringkan gol buat Mexico pada awal permainan tetapi rembatannya melewati palang gol.

Selepas itu, Mexico mula tertekan dan sepakan percuma yang diambil Hector Herrera pula berjaya ditepis penjaga gawang Jerman Marc-Andre Ter Stegen.

Kedudukan kekal 2-0 selepas rehat tetapi Mexico menguasai 62 peratus permainan pada babak pertama dan memiliki 10 peluang menjaringkan gol berbanding lima yang dicipta Jerman.

Pasukan juara dunia itu mengukuhkan benteng pertahanan pada babak kedua dan Ter Stegen pula bertindak cemerlang untuk mempertahankan gawangnya dari dibolosi Mexico.

Sejurus sebelum sejam permainan, hantaran Julian Draxler disambut Jonas Hector yang membolehkan Werner menjaringkan gol ketiganya di Russia selepas dia meledak dua gol ketika bertemu Cameroon hujung minggu lalu.

Disiarkan pada: July 1, 2017 @ 8:44am
d