arena

Janganlah kata KFA tak bayar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) menafikan kebajikan pemain Kedah terutama membabitkan pembayaran gaji bulan Jun terabai seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha Kehormatnya Datuk Aminuddin Omar berkata, pengurusan KFA sentiasa memberi komitmen penuh menjaga kebajikan pemain menurut persetujuan yang termaktub dalam kontrak.

Menurutnya, KFA bertanggungjawab memastikan pembayaran dilakukan pada masa yang sepatutnya dan setakat ini, tiada tunggakan gaji bulanan serta pembayaran bonus perlawanan.

"Pihak KFA sentiasa prihatin terhadap kebajikan pemain dan senantiasa memastikan supaya fokus utama pemain untuk mempamerkan aksi yang terbaik.

"Pihak pengurusan berharap dengan penjelasan ini akan meredakan isu penularan yang tidak benar supaya pemain kembali fokus dalam saingan Liga Malaysia musim 2017," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Aminuddin berkata, kepemimpinan persatuan sentiasa mencari jalan terbaik dalam penambahbaikan pengurusan pasukan supaya pasukan Lang Merah terus berjaya pada masa depan.

Disiarkan pada: July 2, 2017 @ 6:24pm
d