arena

'Cukup Pacquiao, berhentilah' kata jurulatihnya

Oleh AFP

JURULATIH Manny Pacquiao menasihatkan peninju legenda Filipina itu bersara selepas mengalami kekalahan sensasi kepada peninju Australia kurang terkenal, Jeff Horn.

Keputusan kontrovorsi permarkahan perlawanan gelaran dunia WBO kategori Welterweight di Brisbane, semalam menyaksikan semua tiga hakim memberikan kemenangan kepada Horn.

Ia menyebabkan timbul rancangan sama ada peninju berusia 38 tahun itu akan kembali untuk pertarungan semula.

Jurulatih Dewan Kemasyhuran Freddie Roach menasihatkan Pacquiao untuk berhenti selepas mengecapi pencapaian cemerlang 22 tahun selaku peninju profesional dengan memenangi lapan gelaran juara pelbagai divisyen.

"Saya mahu bercakap kepada Manny untuk mengatakan ‘cukuplah’, sampai di sini saja" kata Roach.

Biarpun tiada sebarang harapan diberikan kepadanya oleh pemerhati tinju, aksi agresif lasak Horn, 29 mengejutkan Pacquiao.

Tiga hakim memberikan mata 117-111, 115-113 dan 115-113 kepada peninju Australia itu yang bertarung di hadapan seramai 51,000 penonton di stadium Suncorp.

Pacquiao dengan rekod (59-7-2) mahu pertarungan semula di Brisbane kerana ia terkandung dalam klausa kontrak perlawanan malah menegaskan dia akan kembali bertarung walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

"Kami mempunyai klausa untuk pertarungan semula. Tiada masalah," kata Pacquiao selepas pengadil umum keputusan.

Disiarkan pada: July 3, 2017 @ 4:12pm
d