arena

Tiket KL2017 sudah boleh dibeli

Oleh Azlan Muhammad Zain

JAWATANKUASA Pengelola Malaysia (MASOC) mengumumkan harga paling tinggi tiket Sukan SEA pada Ogos adalah RM20 yang boleh dibeli dalam talian mulai, hari ini.

Sebanyak 19 acara sukan akan dikenakan bayaran iaitu akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, pencak silat, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal trek, bola keranjang, sepak takraw, muay, billiard & snuker dan bola sepak.

Manakala 32 acara sukan yang percuma antaranya adalah renang terbuka, memanah, olahraga, tenpin bowling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, judo, lawn bowls, petanque, pelayaran, menembak, skuasy, ping pong, tenis, triatlon, bola tampar, ski air dan wakeboard, angkat berat dan wushu.

"Pemilihan acara yang dikenakan bayaran adalah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan pihak penganjur antaranya populariti yang tinggi dan kapasiti venue.

"Penjualan dalam talian bermula hari ini manakala beberapa pusat jualan akan diumumkan dalam masa terdekat bagi memudahkan

orang ramai membeli secara terus," menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagi pembelian dalam talian, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my.

Manakala semua acara bagi Sukan Para ASEAN yang dijadualkan pada September adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 1:12pm
d