arena

Skuad Jabatan Perbendaharaan jagoan Piala Sahur

Kuantan: Skuad Jabatan Perbendaharaan muncul juara pertandingan futsal Piala Sahur Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selepas menewaskan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran 5-3 pada aksi final, baru-baru ini.

Kejayaan itu melayakkan mereka meraih wang tunai RM500 manakala selaku naib juara, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran menerima wang tunai RM400.

Tempat ketiga dan keempat pertandingan itu menyaksikan Jabatan Penilaian dan Pelesenan serta Jabatan Landskap berkongsi kedudukan, masing-masing menerima wang tunai RM150.

Kejohanan anjuran Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUMBA) MPK itu disertai 10 pasukan dari beberapa jabatan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK Izad Zainal Muhammad Safian berkata, kejohanan itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara semua jabatan.

“Sebelum ini, KESUMBA turut menganjurkan liga bola sepak malam MPK yang memberi peluang kepada kakitangan MPK mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan,” katanya.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 9:31am
d