arena

Kontrak baru untuk Conte

Oleh Reuters

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menandatangani kontrak baru dua tahun pada Selasa.

"Saya gembira dapat menandatangani kontrak baru dengan Chelsea. Kami bekerja keras dalam tahun pertama dan mendapat pencapaian cemerlang yang membanggakan. Sekarang, kami perlu kerja lebih keras untuk kekal cemerlang," kata pengurus warga Itali berusia 47 tahun itu.

Bagaimanapun, perjanjian itu tidak melanjutkan komitmennya kepada kelab itu kerana dia menandatangani kontrak tiga tahun ketika menyertai Chelsea pada 2016.

Conte membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana pada tahun pertamanya musim lalu dan mereka juga ke final Piala FA sebelum kalah kepada Arsenal.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 7:03am
d