arena

Sepasang tangan Joe Hart buat The Hammers

Oleh Daily Mail

PENJAGA gol Manchester City Joe Hart mengakui 'sentiasa meminati' West Ham United selepas menyertai skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu secara pinjaman selama satu musim.

Pemain antarabangsa England itu tidak diperlukan oleh pengurus City Pep Guardiola dan menghabiskan musim lalu secara pinjaman kepada kelab Serie A Torino.

City mendapatkan khidmat penjaga gol Benfica Ederson pada awal musim ini, membuka laluan kepada Hart untuk sekali lagi meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke stadium London bagi menghadapi kempen EPL.

West Ham akan membayar £2.5j (RM13.9j) untuk gaji Hart sebanyak £4.5j (RM25.1j) setahun dengan City membayar tambahan £2j (RM11.1j).

Yuran berasingan sebanyak £2 juta (RM11.1j) dipersetujui antara dua kelab itu bermakna City tidak akan membayar apa apa terhadap perjanjian itu dan tidak menerima apa apa daripada Hart untuk musim ini.

The Hammers memiliki pilihan mendapatkannya secara tetap pada penghujung musim andai memikat perhatian skuad kendalian Slaven Bilic.

Hart memiliki 71 kap antarabangsa untuk negaranya kini pilihan utama skuad bimbingan Gareth Southgate mempunyai kontrak di Stadium Etihad sehingga 2019.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 1:58pm
d