arena

Pembekal tenaga harian bebas kafein

Oleh Cerebos

Ca’ya™, produk keluaran BRAND’S® Suntory Malaysia adalah minuman tenaga yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hari. Minuman ini juga unik kerana tidak mengandungi kafein yang menjadikannya lain daripada minuman tenaga yang lain.

Pembekal tenaga harian ini bukan sahaja bebas kafein, ianya dirumus khas dengan ramuan semula jadi paling mujarab seperti Habbatus Sauda yang dipercayai mampu memulihkan sistem imunisasi tubuh manakala Ginseng terbukti secara klinikal boleh menangani kelesuan dan sebagai penggalak tenaga.

Kombinasi dua ramuan hebat ini memberi tenaga dan memastikan anda melaksanakan rutin harian anda pada tahap yang optimum.

Hasil daripada kajian membuktikan bahawa 88%* di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang letih dan lebih bertenaga selepas meminum Ca’ya™.

70%* daripada mereka menyatakan bahawa minuman bertenaga bebas kafein ini memberikan tenaga sehingga 8 jam selepas meminumnya. Kini anda boleh bersenam di gim dan meluangkan masa bersama rakan-rakan walaupun selepas satu hari suntuk bekerja atau merancang aktiviti pada hujung minggu tanpa merasa letih.

Dengan hanya RM6.90 sebotol, anda boleh terus kekal bertenaga sepanjang hari. Anda juga boleh mendapatkan Ca’ya™ dalam pek 6-botol dengan harga RM41.40 setiap pek.

Minuman bebas kafein ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi juga di beberapa kedai serbaneka terpilih. Layari laman Facebook Ca’ya atau hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300 untuk maklumat lanjut.

* Sumber: Laporan Kajian Ujian Nielsen bertarikh April 2016

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 11:31am
d