arena

Azmin ungguli kategori Medal A

Teluk Intan: Azmin Sarone dari Kelab Golf Manjung muncul juara kategori Medal A (handicap 0-17), pertandingan golf Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (PSKPP) Perak Sirkit 2 2017 di Teluk Intan Golf & Country Club (TIGCC), baru-baru ini.

Azmin mengalahkan pencabar terdekat Abdul Rahman Ayub dari (TIGCC) dan Che Mohd Noor Che Lah dari Kelab Golf Manjung untuk membawa pulang hadiah piala, set golf dan hamper.

Kategori Medal B (handicap 18-21) pula menyaksikan peserta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ng Choo Hong menewaskan peserta TIGCC, Hamizi Abu Bakar di tempat kedua dan Koperal Ibnu Abas Ahmat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di tempat ketiga.

Bagi kategori Medal C (handicap 22-24) peserta dari TIGCC, Ahmad Tarmizi Mad Kasim muncul juara manakala Kamaruddin Ghazali dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) di tempat kedua dan Rosli Kamaruddin dari PPD Larut Matang Selama (LMS) di tempat ketiga.

Pegawai Pendidikan Dae
rah Hilir Perak, Sulaiman Samsudin pula muncul juara kategori VIP dengan menewaskan Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan dari (IPD) Hilir Perak dan Ng See Wah dari TIGCC yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Hadiah dan majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Termizi. Hadir sama Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 10:47am
d