arena

Seven Moon sasar 20 terbaik

Ipoh: Peluang menguji trek serta persiapan rapi dari segi mental serta fizikal sudah dilakukan pasukan Seven Moon dan kini mereka hanya menunggu masa untuk memulakan kayuhan Sabtu ini.

Sandaran pasukan itu terletak kepada empat pelumba - Mohd Nizam Zainal, Zulkifli Mat Lajim, Nurul Zaidi Ahmad dan Ahmad Kamil Zainal - yang dilihat berpotensi untuk sekurang-kurangnya menduduki 20 tempat terbaik.

Pasukan itu meletakkan sandaran terhadap empat pelumba berkenaan berdasarkan pencapaian semasa mereka dalam beberapa pertandingan tempatan sebelum ini.

Wakil kumpulan Ahmad Kamil Zainal berkata, 12 pelumba mereka akan menyertai kategori Terbuka Lelaki.

Katanya, persiapan rapi dijalankan sejak tiga bulan lalu dengan aspek teknikal dan stamina ditekankan supaya pelumba pasukan itu dapat memberikan cabaran.

“Kami hanya menunggu masa untuk memulakan kayuhan. Pelumba perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal kuat untuk menempuh cabaran kejohanan ini.

“Bagi kami, 20 tempat terbaik sudah memadai kerana saingan baru memasuki siri pertama,” katanya.

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 12:00pm
d