arena

Hati Coutinho beralih ke Sepanyol

Oleh Mirror

PHILIPPE Coutinho merayu kepada bos Liverpool Jurgen Klopp untuk memberi pelepasan kepadanya menyertai Barcelona.

Bintang Brazil itu begitu terdesak untuk menyertai Lionel Messi serta rakan sepasukannya di Nou Camp.

Dia akan berbincang dengan Klopp menyatakan sebab mahu menyertai skuad gergasi La Liga itu.

Jika penjualan bernilai £90j (RM506 juta) terhadap Coutinho berlaku, Klopp akan beralih mendapatkan pemain remaja lincah Borussia Dortmund Christian Pulisic sebagai pengganti.

Klopp adalah peminat pemain antarabangsa Amerika Syarikat berusia 18 tahun itu.

Barca yakin Coutinho sudah menetapkan hatinya untuk berhijrah ke Sepanyol dan menjadikan pemain berusia 25 tahun itu sebagai sasaran utama mereka.

Sumber di Sepanyol menyebut Liverpool akan menjual Coutinho pada harga yang tepat dengan sekurang kurangnya £100j (RM563 juta).

Disiarkan pada: July 30, 2017 @ 2:21pm
d