arena

Matic sertai The Special One

Oleh AFP

PEMAIN antarabangsa Serbia Nemanja Matic menandatangani kontrak bersama Manchester United daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea dengan nilai dilaporkan sebanyak £40 juta (RM226 juta).

Ia pelaburan kali kedua dibuat pengurus United Jose Mourinho terhadap bakat berusia 28 tahun itu sejak membawanya ke Chelsea pada 2014 selepas menempa kejayaan bersama Benfica.

Matic mengikat kontrak selama tiga tahun bersama United dengan pilihan lanjutan selama setahun lagi.

“Nemanja adalah pemain Manchester United dan pemain Jose Mourinho,” kata Mourinho memberitahu dalam laman web kelab itu.

“Dia mewakili segala galanya kami mahukan dalam bolasepak: Kesetiaan, konsisten, cita cita dan pemain berpasukan.

Disiarkan pada: August 1, 2017 @ 1:58pm
d