arena

Man City ambil risiko pra EPL

Oleh AFP

MANCHESTER City membuat keputusan luar jangkaan apabila terbang ke Sepanyol menjalani kem latihan beberapa jam sebelum perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut kelab itu hari ini.

Pengurus City Pep Guardiola dan skuadnya akan terbang Girona untuk latihan selama empat hari beberapa jam sebelum turun beraksi menentang Brighton and Hove Albion pada 12 Ogos.

Kem latihan membabitkan perlawanan menentang pasukan baru naik ke La Liga, Girona yang diatur bagi memberikan Guardiola masa bekerjasama dengan pemain terlepas beraksi pada jelajah pra musim City ke Amerika Syarikat.

“Kunjungan ini peluang yang hebat buat Pep untuk bekerjasama dengan skuad penuh dalam sesi latihan intensif,” kata pengarah bolasepak City Txiki Begiristain memberitahu dalam laman web kelab itu.

“Kami mempunyai beberapa pemain beraksi pada tugasan antarabangsa pada musim panas ini yang bermakna Pep tidak memiliki banyak peluang terbaik untuk membentuk pasukan itu.

“Perlawanan itu me menjanjikan aksi menarik kerana Girona juga sedang membuat persediaan terakhir untuk memulakan kempen La Liga.”

City akan menanti kunjungan Everton pada perlawanan kedua EPL pada 21 Ogos.

Disiarkan pada: August 1, 2017 @ 5:32pm
d