arena

Sejarah hoki TNB dalam The Sticks

Oleh Aida Adilah Mat

KEGEMILANGAN sukan hoki sejak 70 tahun lalu kini diabadikan dalam 'coffee table book' bertajuk The Sticks.

Ia merakamkan pembabitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pembangunan hoki negara di era Central Electricity Board atau CED diterbitkan dengan kerjasama New Straits Times Press (NSTP).

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Jalil Abdul Hamid atas jalinan kerjasama dalam menjayakan The Sticks.

"Buku The Sticks dihasilkan dengan kerjasama NST. Ia mengisahkan sejarah dan usaha diambil TNB dalam pembangunan sukan hoki di negara ini. Terima kasih Datuk Jalil.

"TNB bersama membangunkan hoki sejak bermulanya Era Electricity Board (CEB)," katanya.

Majlis pelancaran The Sticks disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Majlis Penyerahan Tajaan Korporat TNB sebagai penaja emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di TNB, semalam.

Turut sama memeriahkan hari bersejarah itu adalah barisan bekas pemain kebangsaan dan skuad lelaki kebangsaan yang layak secara merit ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2018 di India.

Hadir sama adala Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Malaysia ke-9 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong.

Roslan ditemui selepas majlis itu berkata, buku itu menceritakan latar belakang, sejarah dan pembabitan TNB dalam sukan hoki.

"Ia menceritakan mengenai pasukan kebangsaan, anggota kerja TNB yang menyumbangkan kepada nama hoki di peringkat antarabangsa dan pembangunan hoki masa kini.

"Coffee Table Book itu akan diletakkan di perpustakaan dan badan kerajaan kerana kita bukan hendak mencari keuntungan namun jika bila ada keperluan kita boleh mencetaknya semula," katanya.

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 12:18pm
d