arena

Neymar pemain termahal dunia

Oleh AFP

BINTANG superstar Brazil Neymar berjanji menamatkan kemarau piala Paris Saint Germain (PSG) apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan rekod perpindahan termahal dunia 222 juta euro (RM1.13 bilion) daripada Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu akan menerima gaji sebanyak 30 juta euro (RM152 juta) setahun di Paris.

Dia mahu membuktikan nilainya bersama kelab Perancis bercita cita tinggi tetapi kurang menyerlah yang dimiliki bilionair kaya raya dari Qatar.

“Saya benar benar gembira menyertai Paris Saint-Germain,” kata Neymar.

“Sejak tiba di Eropah, kelab ini antara kelab paling kompetitif dan paling bercita cita.

“Cabaran terbesar paling memberi motivasi kepada untuk menyertai rakan sepasukan baru adalah membantu kelab ini membolot gelaran yang dimahukan peminat mereka.

“Cita cita Paris Saint-Germain menarik saya ke kelab ini bersama minat tinggi dan tenaga dibawa bersama. Saya bermain selama empat musim di Eropah dan rasa bersedia untuk menyahut cabaran.

“Bermula hari ini, saya akan melakukan segala galanya untuk membantu rakan sepasukan saya, membuka sempadan baru untuk kelab saya dan membawa kegembiraan kepada berjuta juta penyokong mereka di serata dunia.”

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 3:33pm
d