arena

Gunners menang aksi pembukaan

Oleh AFP

OLIVIER Giroud menegaskan Arsenal tidak pernah berputus asa selepas bangkit secara dramatik apabila gol lewat penyerang Perancis itu melengkapkan kemenangan 4-3 ke atas Leicester pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Anak buah Arsene Wenger hanya dipisahkan tujuh minit daripada permulaan buruk kempen baru selepas ketinggalan 2-3 di Stadium Emirates.

Pemain termahal kelab Alexandre Lacazette memberikan Arsenal gol pendahuluan seawal minit kedua dalam penampilan sulungnya dalam liga sebelum Shinji Okazaki (m-5) dan Jamie Vardy (m-29) meletakkan Leicester di depan.

Danny Welbeck menyamakan kedudukan buat Arsenal (m-45) namun gol kedua Vardy (m-56) dilihat mampu membantu Leicester menang hinggalah sensasi minit-minit akhir.

Aaron Ramsey menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan dua minit kemudian pemain gantian Giroud melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kemenangan.

Ia tindakan penyelamat menakjubkan dari Arsenal namun Giroud mendakwa pasukannya, yang mendominasi pegangan bola dan menghujani pintu gol Leicester, tidak pernah meragui mereka mampu bangkit.

“Jelas saya sedar saya berpeluang jadi kami cuba menekan lawan,” kata Giroud.

“Kami tetap yakin dan percaya dengan permainan kami untuk menekan mereka. Kami bersemangat pada hujung perlawanan dan syukur kepada Tuhan kami menang perlawanan ini.”

Disiarkan pada: August 12, 2017 @ 8:10am
d