arena

Zverev rentap Federer

Oleh AFP

ALEXANDER Zverev mengejutkan pilihan kedua, Roger Federer pada final Montreal Masters untuk memenangi gelaran kelimanya musim ini dan mengumumkan dirinya sebagai bintang yang perlu diberikan tumpuan pada Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain Jerman berusia 20 tahun itu menggunakan kekuatan servisnya untuk menundukkan Federer 6-3, 6-4, awal pagi tadi, dengan bintang Switzerland terbabit tidak mempunyai peluang mempamerkan rentak permainan biasanya.

“Saya cuba menjadi agresif,” kata Zverev. “Jika Roger mula bermain agresif, pasti sukar untuk saya.”

Zverev membalas dendam kekalahan 6-1, 6-3 kepada Federer di Halle pada final Jun lalu – kekalahan tunggalnya pada final musim ini.

Dia kini menyamai pencapaian Federer dengan memenangi lima gelaran musim ini.

“Ia pencapaian yang baik untuk dia,” kata Federer. “Saya harap dia akan mencatatkan keputusan yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang dan menamatkan musim ini dengan kedudukan lebih kuat.”

Disiarkan pada: August 14, 2017 @ 1:28pm
d