arena

[UPDATE] Malaysia tewas 1-2

Oleh Ajitpal Singh

SKUAD Skuad bola sepak wanita negara berdepan laluan sukar dalam misi meraih pingat gangsa selepas kecundang 1-2 kepada Filipina pada aksi pertama bola sepak wanita di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.

Meskipun berjaya bangkit mengikat kedudukan selepas ketinggalan pada babak pertama, anak buah Mohd Asyraaf Abdullah gagal meneruskan momentum memburu jaringan tambahan apabila dibolosi gol mudah sekali gus meranapkan impian mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

Filipina mendapat gol pertama hasil tandukan ketua pasukannya, Impelido Mae San Pedro, pada minit ke-47.

Pada separuh masa kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Dadree Rofinus, m-52 namun pasukan lawan kembali mendahului hasil tendangan lambung Rodriguez Camille Muldong dari jarak 35 meter pada m-74.

Perlawanan kedua Malaysia ialah menentang Myanmar, Khamis ini.

Selepas keciciran tiga mata, Malaysia seharusnya bangkit untuk meraih mata penuh ketika menentang Myanmar nanti serta perlu mengharapkan keajaiban apabila bertemu Vietnam dan Thailand untuk pingat gangsa.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 11:03pm
d