arena

Filipina benam Kemboja

Oleh BERNAMA

FILIPINA membuka kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan langkah kanan mengatasi Kemboja 2-0 pada aksi bola sepak lelaki kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Pada aksi berkenaan, Reymart Cubon membuka tirai jaringan untuk skuad muda ‘The Azkals’ pada minit ke-51 sebelum pemain berdarah Filipina-Jepun, Kouichi Belgira mengesahkan kemenangan sulung Filipina menerusi jaringan kedua pada minit ke-82.

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2015, Vietnam membenam Timor Leste 4-0 di venue sama pada sesi sebelah petang manakala juara bertahan, Thailand sekadar seri 1-1 menentang Indonesia di Stadium Shah Alam.

Skuad bawah 22 tahun Malaysia yang memburu kemenangan kedua selepas mengatasi Brunei 2-1 semalam, dijadual berdepan musuh tradisi, Singapura, pada aksi kumpulan A di Stadium Shah Alam, esok.

Disiarkan pada: August 15, 2017 @ 11:19pm
d