arena

Juwaidi perak, Fatih raih gangsa [METROTV]

Oleh Devinder Singh

PEMANAH negara, Juwaidi Mazuki merangkul pingat perak selepas tewas kepada atlet Indonesia, Prima Wisnu Wardhana pada final compound individu lelaki di padang sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Prima berjaya bangkit daripada ketinggalan tiga mata untuk mencatatkan kemenangan 145-144 dengan Malaysia kempunan untuk menamatkan kemarau emas dalam acara terbabit yang kali terakhir dimenangi Lang Hon Keong pada 2005.

Juara bertahan wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dari Malaysia tersingkir di separuh akhir apabila tewas 145-142 kepada pemanah Vietnam, Chau Kieu Oanh dalam acara compound individu wanita.

Fatin bagaimanapun terpaksa berpuas hati apabila merangkul gangsa selepas menewaskan pemanah Indonesia, Deliie Threesyadinda 143-141.

Pingat emas menjadi milik pemanah Indonesia, Sri Ranti yang menundukkan Chau 144-143 di final.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 6:49pm
d