arena

Skuad terkuat layan Thailand

Oleh Devinder Singh

MALAYSIA tidak akan mengambil risiko memandang rendah keupayaan Thailand walaupun skuad tuan rumah diletakkan sebagai pasukan pilihan pada perlawanan pembukaan acara kriket di Kinrara Oval esok.

Thailand memulakan kempen dengan menewaskan Myanmar menerusi kelebihan sembilan wicket hari ini, sebagai isyarat Malaysia tidak akan mendapat laluan mudah esok.

Malaysia menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan pengurus pasukan Shankar Retinam berkata, keputusan itu turut dibuat mengambil kira faktor cuaca tidak menentu.

Hujan mampu merencatkan harapan negara untuk meraih emas, jadi kemenangan perlu diraih secepat mungkin.

“Satu perkara merisaukan kami ialah cuaca kerana kejohanan ini berkenaan menduduki tangga teratas kumpulan,” kata Shankar merujuk kepada format round robin pertandingan 50-over (kriket sehari) itu.

“Kita tidak mahu pingat emas terpaksa ditentukan dengan kadar larian di akhir kejohanan nanti, jadi kami mengambil risiko esok dan akan memanfaatkan setiap peluang untuk mengatasi Thailand,” tambahnya.

Thailand tidak mengalami masalah hari ini apabila menamatkan giliran batting Myanmar dengan 61 pukulan dalam 29.4 over sebelum mencatat 63-1 dalam 13.3 over dengan tiga pemain awal masing-masing melakukan 16 larian.

“Kami membuat rakaman perlawanan dan akan menganalisa untuk merangka strategi,” kata Shankar. “Thailand mempunyai skuad yang seimbang tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan mereka.”

Malaysia dan Thailand sering bertembung dalam Piala Tuanku Jaafar ketika era 90-an tetapi pertemuan terakhir ialah pada tahun 2004.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 7:03pm
d