arena

Laluan Every cerah

Oleh AFP

MIAMI, Amerika Syarikat: Matt Every muncul pendahulu awal Kejohanan Wyndham apabila mencatat sembilan bawah par 61 sekali gus berpeluang cerah memburu kemenangan ketiga kariernya.

Pemain nombor 751 dunia itu membenam tujuh birdie dan satu eagle di Sedgefield Country Club di Greensboro, Carolina Utara.

“Saya memukul drive dengan lebih bagus,” kata Every. “Beberapa tahun lalu, ramai pemain akan bersara jika berada di kedudukan saya dengan apa yang saya lalui dalam permainan saya.”

Every, 33, mendahului satu pukulan di depan pemain Sweden, Henrik Stenson pada pusingan pertama yang panas berbahang di Sedgefield Country Club.

Stenson dari Gothenburg, melakukan kebangkitan lewat untuk mencatat 62 sekali gus melakar catatan sepusingan terbaiknya dalam Jelajah PGA.

Webb Simpson, Vaughn Taylor, Cameron Smith, Tim Wilkinson, Brian Campbell, Harold Varner dan Sam Saunders semuanya mencatat 63 pukulan.

Every memulakan pusingannya dengan eagle menakjubkan pada lubang pertama par-empat, memukul masuk menggunakan wedge dari jarak 105 ela.

“Bagus untuk kembali bermain dengan baik. Saya mempunyai beberapa perkara yang memberikan saya motivasi ketika ini dan saya mahu bermain bagus semula.

“Hari ini benar-benar mantap. Saya teruja bagi baki pusingan minggu ini. Cuma ia baru pusingan pertama. Saya sedar mengenainya.”

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 10:27am
d